Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
148) PENUKARAN PAIP AIR LAMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kilometer paip air lama yang telah diganti dan yang masih belum lagi diganti.
Semenjak dari tahun 2016 sehingga tahun 2020, Air Selangor telah dan sedang melaksanakan program penggantian paip jenis “Abestos-Cement” (AC) melibatkan 307 lokasi hotspots sepanjang 711 km. Dari jumlah ini, panjang paip yang telah siap diganti adalah 294 km. Berdasarkan kepada statistik Air Selangor setakat 31 Mei 2020, masih terdapat lebih kurang 6,196 km paip jenis AC di dalam sistem agihan yang perlu diganti.
-
Berapakah kadar NRW terkini mengikut daerah?
Kadar NRW terkini berdasarkan kiraan meter padu (m3) mengikut wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:
No Wilayah NRW sehingga 30 April 2020 (%) 1 Petaling 22.37% 2 Klang 38.69% 3 Kuala Lumpur 26.54% 4 Gombak 32.68% 5 Hulu Langat 31.89% 6 Sepang 16.60% 7 Hulu Selangor 32.19% 8 Kuala Langat 30.07% 9 Kuala Selangor 34.06% 10 Sabak Bernam 32.63% NRW keseluruhan Air Selangor 30.08%