Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

2) PENUKARAN METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU BAWAH AIR SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan penukaran meter pukal kepada meter individu secara 100% percuma untuk kawasan pangsapuri kos rendah, terutamanya kawasan-kawasan yang sentiasa mengalami isu pembayaran bil air?

    Air Selangor tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan di kesemua kediaman bertingkat (strata), termasuklah pangsapuri kos rendah yang ingin bertukar daripada meter pukal kepada meter individu. Kos pemasangan meter baru ke premis ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Air Selangor.

    Walaubagaimanapun, untuk kesemua permohonan program migrasi dari meter pukal kepada meter individu bagi jenis kediaman bertingkat (strata) serta komuniti berpagar hendaklah dibuat melalui pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) masing-masing. Permohonan ini seterusnya akan dihantar kepada pihak Air Selangor untuk kelulusan penukaran meter.

Lampiran

Tiada Lampiran.