Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

259) PENUKARAN METER PUKAL

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah perumahan yang masih menggunakan meter pukal di Selangor?

    Semua Pangsapuri / Kondominium yang dibina sebelum tahun 2010 menerima bekalan air melalui meter pukal tanpa meter individu berasingan. Hanya pembangunan yang disiapkan selepas tahun 2010 menerima bekalan air meter melalui meter pukal tetapi berserta meter

    Terdapat anggaran 2,082 premis kediaman bertingkat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima bekalan air melalui meter pukal tanpa meter individu di bawah kod tarif 17 (RM1.38 meter padu) & kod tarif 18 (RM0.80 meter padu) (Kod tarif 17 adalah Pangsapuri dalam kategori sederhana ke atas dan Kondominium [tidak termasuk servis apartment] dan kod tarif 18 adalah Flat Kos Rendah), di mana Pengurusan Air Selangor telah menerima sejumlah 1,323 (Selangor sahaja) permohonan untuk melaksanakan program migrasi ke bekalan air meter individu.

    Daripada jumlah akaun meter pukal tersebut hanya 553 akaun meter pukal telahpun berjaya di migrasikan melibatkan pembukaan akaun meter individu sebanyak 143,264 akaun.

    Baki akaun meter pukal sebanyak 1,529 masih tidak dapat dimigrasikan ke akaun meter individu disebabkan tidak ada usaha pihak Badan Pengurusan Bersama – “Joint Management Body” (JMB) / Badan Pengurusan – “Management Company” (MC) untuk memohon untuk melaksanakan program migrasi ataupun menangani isu pematuhan kepada keperluan teknikal (tetiang meter) di Pangsapuri masing-masing.

  2. Apakah kaedah yang dilaksanakan bagi memastikan pengguna meter pukal juga memperoleh air percuma 20m3?

    Ada dua kaedah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Selangor demi memastikan pengguna meter pukal juga menerima bekalan air percuma 20m3 .

     

    Kaedah Pertama

    Bagi pengguna individu yang belum melaksanakan program migrasi ke akaun air meter individu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memperkenalkan Skim SAFWA iaitu program kupon air percuma kepada pangsapuri-pangsapuri yang layak menerima bantuan berdasarkan kriteria tertentu terutamanya pangsapuri kos rendah.

    Program Kupon Air percuma adalah program pemberian air percuma 20m3 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini hanya untuk akaun individu (kod tarif 10 : pengguna domestik) dan bagi akaun-akaun meter pukal di bawah kod tarif 18.

    Kaedah Kedua

    Sesebuah Pangsapuri / Kondominium dibawah katergori kod tariff 17 dan 18 perlu memohon untuk melaksanakan program migrasi dari bekalan air meter pukal ke bekalan meter individu untuk membolehkan pengguna individu mendapatkan bekalan air percuma 20m3.

Lampiran

Tiada Lampiran.