Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

224) PENUKARAN METER AIR OLEH SYABAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan perkembangan terkini berkenaan status pertukaran meter pukal ke meter individu di pangsapuri-pangsapuri di seluruh Selangor?

    Berdasarkan kepada rekod oleh SYABAS, sebanyak 2,000 akaun meter pukal terdapat di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.

     

    Di bawah penyeliaan SYABAS program migrasi akaun meter pukal kepada meter individu dijalankan melalui pengedaran surat permohonan migrasi kepada semua pengurusan bangunan. Sehingga September 2009, sebanyak 1,449 surat permohonan migrasi telah dikemukakan kepada pengurusan bangunan dan hanya 842 pangsapuri yang telah membuat permohonan migrasi.  Manakala yang selebihnya masih tidak memberikan sebarang jawapan.

  2. Nyatakan jumlah pangsapuri terlibat dan bilangan meter yang telah ditukar mengikut daerah

    Status permohonan meter pukal di pangsapuri kepada meter individu mengikut daerah adalah seperti berikut:-

     

    Daerah Jumlah Akaun Permohonan  Di Terima Permohonan  Diluluskan
    Kuala Lumpur 27,350 183 45
    Gombak 17,650 146 26
    Petaling 64,168 198 53
    Klang 25,409 170 33
    Hulu Langat 13,714 59 21
    Hulu Selangor 7,869 45 19
    Sepang 8,420 23 16
    Kuala Langat 972 13 7
    Kuala Selangor 902 3 1
    Sabak Bernam 89 2 0
    Jumlah 166,543 842 221

Lampiran

Tiada Lampiran.