Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

161) PENUKARAN KEBENARAN MERANCANG RUMAH KOS RENDAH KEPADA RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat memberikan kebenaran untuk menukar Kebenaran Merancang Rumah Kos Rendah kepada Rumah Mampu Milik?

    a) Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tiada halangan untuk pihak pemaju membuat penukaran/ pindaan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan Rumah Kos Rendah (RKR) kepada Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku). Namun begitu, ianya bergantung kepada permintaan permohonan orang awam yang berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, perletakkan lokasi RKR tersebut yang agak pedalaman daripada jalan utama serta kemudahan – kemudahan yang terdapat di sekitar tapak tersebut termasuklah kemudahan pengangkutan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.