Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
303) PENUGASAN ANGGOTA RELA UNTUK MENGATASI MASALAH PENINGKATAN POPULASI BINATANG LIAR SEPERTI BABI HUTAN DAN ANJING LIAR .
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menugaskan di setiap DUN mesti ada anggota RELA yang diberi kuasa untuk menembak babi dan anjing liar?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, spesies babi hutan adalah spesies yang disenaraikan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Jabatan PERHILITAN) diberi kuasa untuk melaksanakan kawalan konflik hidupan liar di bawah Akta 716 ini. Jabatan PERHILITAN ada menjalankan aktiviti mengawal dan mengurangkan populasi babi hutan dengan melaksanakan operasi operasi bersepadu bersama agensi/ jabatan yang berkaitan termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berdasarkan kepada permohonan atau aduan di satu-satu lokaliti. Dalam hal ini, pihak RELA sentiasa bersedia menerima arahan Kerajaan Negeri untuk menyertai sebarang operasi yang akan dilaksanakan kelak.
Bagi kerja-kerja tangkapan anjing liar di kawasan pentadbiran Pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan kerja-kerja tangkapan anjing berkeliaran menggunakan kaedah yang digariskan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti penggunaan perangkap dan penggunaan jaring dan loop. Anjing-anjing liar tersebut ditangkap dan dihantar ke pusat jagaan haiwan terbiar. Punca kuasa pelupusan anjing adalah di bawah Akta Doktor Veterinar 1974 [Akta 147] yang mana pelupusan anjing adalah dengan cara suntikan dan disahkan mati oleh Pegawai Veterinar atau mana-mana pegawai PBT yang terlatih dan telah diturunkan kuasa oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Bagi kawasan yang dipercayai telah terdapat kes rabies, pihak JPV akan melaksanakan kerja-kerja kawalan melalui pengambilan sampel anjing di kawasan yang disyaki dan melaksanakan operasi menembak anjing di kawasan yang berisiko dengan bantuan oleh pihak PBT.
-
Bolehkah Kerajaan Negeri berunding dengan KDN agar anggota RELA yang berkelayakan diberi senjata api untuk mengawal populasi babi liar?