Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
39) PENUBUHAN PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU, CINA DAN INDIA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang telah dicadangkan penubuhannya masih belum dibuka lagi?
Dalam usaha menubuhkan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan ini, beberapa fasa dan peringkat perlu diteliti dan dilalui bagi memastikan penubuhan projek ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya kepada penggiat-penggiat seni di Negeri Selangor. Konsep dan pengisian juga merupakan salah satu aspek yang perlu dikaji bagi menjadikan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini menepati objektif pembangunan.
Dengan menggunakan khidmat kepakaran, konsep pembangunan ketigatiga Pusat Kebudayaan kini telah dipilih mengikut kesesuaian dengan mengambil kira pandangan orang awam yang telah dilaksanakan semasa Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor pada 27 Jun hingga 2 Julai 2012 di AEON Bukit Raja, Bandar Baru Klang. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga Pusat Kebudayaan ini akan dibuka dan memulakan operasi sebaik sahaja beberapa proses diperingkat seterusnya selesai dilaksanakan.
-
Sekiranya Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini dibuka, di manakah lokasi-lokasi sebenar yang akan dipilih bagi mendirikan Pusat Kebudayaan tersebut?
Ketiga-tiga Pusat Kebudayaan Negeri Selangor telah pun meneliti cadangan lokasi sejajar dengan hasrat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar selari dengan pengumuman “stimulus package” pembangunan sungai klang yang akan menempatkannya di sepanjang Sungai Klang. Hasil tinjauan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perancang Bandar Desa (JBPD) Negeri Selangor bersama Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbadaran Klang mendapati lokasi-lokasi yang besesuaian bagi tujuan membangunkan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan
iaitu :-
Pusat Kebudayaan Cadangan Lokasi Pusat Kebudayaan Melayu Sekitar Kg.Kuantan, Klang Pusat Kebudayaan Cina Sekitar Bandar Klang Pusat Kebudayaan India Sekitar Kg. Pandan, Klang -
Mengapakah lokasi-lokasi tersebut dipilih, sekiranya ia telah dikenal pasti?
Dalam pemilihan lokasi pembangunan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan ini, beberapa faktor, potensi dan halangan telah diambil kira bagi memastikan tapak pembangunan berkenaan tidak menimbulkan kesulitan kepada masyarakat pada masa akan datang. Berikut merupakan faktor-faktor pemilihan lokasi penubuhan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India :-
Pusat Kebudayaan Melayu – Kampung Kuantan, Klang
Potensi Halangan Kedapatan tanah untuk pembangunan : kawasan sedia ada adalah semak samun dan berhampiran perkampungan Melayu. Tanah milik individu sebanyak 8 lot yang memerlukan proses pengambilan semula tanah Aksesibiliti sedia ada : Jalan Bukit Kuda, 2km ke Pusat Bandar Klang. Perumahan sedia ada (rumah kampung) berhadapan dengan tapak pembangunan Kemudahan keagamaan sedia ada: Masjid Kg. Kuantan yang boleh berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan Pusat Kebudayaan Melayu. Ekonomi: Terdapat gerai makan makanan Melayu yang menjadi tumpuan (focus point).
Penduduk : Majoriti adalah penduduk berbangsa Melayu Pusat Kebudayaan Cina – Bandar Klang
Potensi Halangan Aksesibiliti sedia ada : Jalan Pasar, 1km ke Pusat Bandar Klang Perumahan sedia ada: Perlu penempatan semula. Kemudahan keagamaan sedia ada: Dianggarkan sebanyak 25 buah tokong sedia ada yang terdapat tapak berkenaan. Aktiviti Perindustrian : Terdapat beberapa unit kilang yang berskala besar dan aktif menjalankan aktiviti industri (kilang papan) Bangunan sedia ada : Berstruktur tidak kekal (kayu) kecuali bangunan tokong Pusat Kebudayaan India – Kampung Pandan, Klang
Potensi Halangan Kedapatan tanah untuk pembangunan : Keadaan semasa tapak adalah semak samun dan hanya terdapat beberapa perumahan kampung sedia ada. Tanah milik individu sebanyak 4 lot tanah persendirian dan perlu melalui proses pengambilan semula tanah. Kontur : rupa bentuk muka bumi yang landai Aksesibiliti : terdapat 1 jalan sahaja, iaitu Jalan Bukit Jati Terdapat laluan keretapi yang memerlukan jambatan untuk menghubungkan tapak dengan kawasan sekitar. Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu. Selain dari perkara-perkara di atas, faktor-faktor lain turut diambil kira untuk memanfaat sumber sedia ada dan meransangkan (stimulus) pertumbuhan ekonomi di sesuatu lokasi itu serta dalam masa yang sama dapat meminimakan pengambilalihan tanah-tanah milik persendirian. Walau bagaimanapun, proses ini perlulah mengikuti prosedur yang sewajarnya dengan mengambilkira pandangan daripada semua pihak.