Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
203) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa belia yang sudah menyertai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan apakah peranan mereka?
Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam proses pelantikan Pengerusi PeBT peringkat Zon dan Majlis Pelantikan Pengerusi ini akan diadakan pada 26 Julai 2009. Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.
Sehingga 30 Jun 2009, seramai 210 @ 73% pencalonan Pengerusi PeBT peringkat Zon telah diterima oleh pihak Seksyen Sektoral, UPEN pencalonan ini akan selesai pada awal Julai 2009.
Peranan utama Pengerusi PeBT ini adalah merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan belia-belia dan pertubuhan di kawasan tersebut. Selain itu, Pengerusi PeBT ini juga berperanan sebagai medium menyampaikan maklumat, dasar dan aktiviti-aktiviti kerajaan kepada belia setempat.
Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 17 Jun 2009 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2,822,400 setahun bagi tujuan perlaksaan program dan elaun PeBT peringkat Zon
-
Berapakah peruntukan yang diberi kepada PeBT?
Sama seperti di SUB(a)