Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

9) PENUBUHAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK (JPP)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap penubuhan JPP bawah kerajaan Pusat

    Susulan daripada Cabutan daripada Keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke-26/2014 yang diadakan pada 9 Julai 2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 27/2014 pada 16 Julai 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menimbang dan menangguhkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

  2. Berapakah ahli JPP yang dilantik di Selangor?

    Maklumat tidak dapat diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor.

  3. Apakah Akta yang membenarkan penubuhan JPP dan bagaimana akta boleh digunakan bagi menghalangnya?

    Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) adalah berdasarkan keputusan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Oktober 2013 yang bersetuju:-

    • Penubuhan JPP dalam kawasan PBT serta pemberian elaun;
    • Penubuhan Majlis Perwakilan Penduduk;
    • Pewujudan Unit Kesejahteraan Bandar di PBT; dan
    • Meluluskan peruntukan RM63 juta setahun

    serta kertas cadangan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-67 yang diadakan pada 4 Mac 2014 telah bersetuju dengan penubuhan JPP di kawasan PBT dan meminta supaya kadar bayaran JPP dan JKKK diselaraskan. Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) seperti mana yang diperuntukan di bawah Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk membentuk suatu dasar negara untuk memajukan, membangunkan dan mengawal kerajaan tempatan di seluruh Persekutuan dan untuk mentadbir mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

    Walau bagaimanapun, sepertimana yang diperuntukkan juga di dalam Jadual II Senarai Ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Maka Kerajaan Negeri juga boleh membuat keputusan untuk menggunapakai atau tidak dasar yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.