Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
14) PENUBUHAN BADAN PERHUBUNGAN BERSAMA (BPB Ð JMB)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Projek Perumahan yang layak menubuhkan BPB di Selangor terutama di DUN Semenyih sehingga 2013?
Berdasarkan rekod Unit Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Kajang terdapat sejumlah 37 kawasan pangsapuri di DUN Semenyih adalah tertakluk untuk menubuhkan jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) di kalangan pembeli atau pemilik petak di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan 2007) [Akta 663] atau Akta Hakmilik Strata (1985) [Akta 318].
-
Apakah insentif dan bantuan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan penubuhan BPB tersebut di Selangor?
Untuk menggalakkan penubuhan JMB, Kerajaan Negeri melalui COB MPKj telah melaksanakan program dialog, komuniti dan gotong-royong. COB MPKj juga telah melantik ejen pengurusan di beberapa pangsapuri di DUN Semenyih untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan bangunan disamping mendidik penduduk mengenai kepentingan penubuhan jawatankuasa JMB atau MC.
Selain itu, lain-lain bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pangsapuri-pangsapuri tersebut adalah seperti berikut:
- Pemberian rebet air percuma secara automatik melalui pemotongan bil air pada meter individu atau skim Selangor Free Water Apartment (SAFWA).
- Pemberian bantuan kewangan baik pulih harta bersama pangsapuri melalui Skim Caring Goverment For Residents’ Improvement Aid (CERIA).
- Pemberian tong sampah.
LAMPIRAN A
JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA PANGSAPURI-PANGSAPURI DUN SEMENYIH
BIL. PANGSAPURI ENTITI JAWATANKUASA WAJIB DITUBUHKAN JENIS BANTUAN DITERIMA JMB MC 1 Semenyih Mewah, Taman Semenyih Mewah / • 1 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
2 Taman Asa Jaya / • 3 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (Skim SAFWA)
3 Mutiara, Bandar Tasik Kesuma / • 1 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
4 Taman Seri Baiduri / • 1 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
5 Sri Haneco Industrial Park, Tmn Sri Haneco / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
6 Blok H, J & K, Bandar Teknologi Kajang Seksyen 5
/ • Lantikan Ejen Pengurusan COB • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
7 Vista Perdana, Bandar Teknologi Kajang Seksyen 5
/ Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 8 Blok A, B, C, D & E, Bdr Teknologi Kajang Seksyen 1
/ • Lantikan Ejen Pengurusan COB • 5 unit tong sampah
• Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
9 Teratai, Taman Anggerik Perdana
/ Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) BIL. PANGSAPURI ENTITI JAWATANKUASA WAJIB DITUBUHKAN JENIS BANTUAN DITERIMA JMB MC 10 Blok F & G, Bandar Teknologi Kajang Seksyen 3
/ • Lantikan Ejen Pengurusan COB • 2 unit tong sampah
• Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
11 Blok L & M, Bandar Teknologi Kajang Seksyen 5 Fasa 6A
/ • Lantikan Ejen Pengurusan COB • 2 unit tong sampah
• Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
12 Baiduri, Bandar Tasik Kesuma / • 1 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
• Skim CERIA Fasa 2 tahun 2012Taman Permainan
13 Seri Suria, Taman Sunway Semenyih / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
14 Blok B & C, Taman Harmoni / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
15 Nuri, Bandar Bukit Mahkota / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
16 Blok A, Taman Sri Tanjung / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
17 Taman Semenyih Ria (Kedai/Apartmen) / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 18 Ceria, Taman Semenyih Indah / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) BIL. PANGSAPURI ENTITI JAWATANKUASA WAJIB DITUBUHKAN JENIS BANTUAN DITERIMA JMB MC 19 Ria , Taman Semenyih Indah / • 1 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
20 Bahagia , Taman Semenyih Indah
/ Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 21 Seri Rinching, Bandar Seri Rinching Seksyen 5 / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
22 Seri Mawar 1, Taman Sri Mawar / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 23 Seri Mawar, Taman Sri Mawar / • 1 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
24 Seri Permai, Kampung Baru Cina Semenyih / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
25 Blok A, Taman Harmoni / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
26 Kenanga, Taman Anggerik Perdana
/ Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 27 Blok B & C, Taman Sri Tanjung / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
28 Taman Bangi Jaya / • 2 unit tong sampah • Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
BIL. PANGSAPURI ENTITI JAWATANKUASA WAJIB DITUBUHKAN JENIS BANTUAN DITERIMA JMB MC 29 Blok C, Taman Desa Mewah Semenyih
Fasa 7
/ • Lantikan Ejen Pengurusan COB • 2 unit tong sampah
• Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
30 Baiduri Jaya Blok A & B, Taman Baiduri Jaya / 31 Blok N, Bandar Teknologi Kajang Seksyen 3 / • Lantikan Ejen Pengurusan COB • 2 unit tong sampah
• Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu)
32 Kedai/Pejabat Taman Semenyih Sentral
/ 33 Bukit Kundang, Taman Bukit Kundang / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 34 Blok A, Taman Harmoni 2 / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 35 Blok B, Taman Harmoni 2 / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 36 Blok C, Taman Harmoni 2 / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) 37 Taman Harmoni Blok A / Rebet Air Percuma (automatik daripada meter Individu) -
Apakah jenis bantuan yang diberikan kepada Projek Perumahan yang masih belum menubuhkan BPB tersebut di Selangor?
Sama seperti di SUB(b)