Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
197) PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan Badan Pengurusan Bersama bagi bangunan berstrata yang tidak dapat di bentuk mengikut PBT?
Sebanyak 2186 JMB bagi bangunan berstrata yang tidak dapat dibentuk mengikut kawasan Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) seperti butiran berikut:
BIL. COB PBT BIL.JMB YANG TIDAK DAPAT DIBENTUK 1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 69 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 143 3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 595 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 90 5. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 87 6. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 120 7. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 1003 8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 34 9. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 38 10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 0 11. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 7 12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 0 JUMLAH 2186 -
Apakah tindakan penguatkuasaan yang pernah diambil kepada pemaju yang enggan menubuhkan Badan Pengurusan Bersama?
Seksyen 5, Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663] mewajibkan pemaju memanggil mesyuarat pertama kesemua pembeli bagi penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB). Kegagalan pemaju memanggil mesyuarat pertama tersebut adalah satu kesalahan di bawah seksyen 5(5), Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663].
Seksyen 43, Akta Bangunan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663] memperuntukkan pendakwaan hanya boleh dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau mendapat keizinan daripadanya. LPHS telah memperolehi keizinan di bawah Akta 663 untuk menjalankan pendakwaan di bawah Akta 663.
Setakat Jun 2013, sebanyak 10 notis peringatan untuk memanggil mesyuarat pertama telah dikeluarkan terhadap pemaju oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Selangor. Daripada 10 Notis tersebut, 5 kes pendakwaan telah difailkan dan baki 5 kes tidak dapat difailkan data kerana kekurangan dokumen sokongan.
Sebab-sebab tidak dapat dibentuk adalah kerana faktor-faktor berikut:
- FAKTOR INDIVIDU
Penduduk tidak berminat atau sukarela untuk menjadi ahli jawatankuasa kerana tidak mempunyai kepakaran dan keyakinan dalam menguruskan bangunan pangsapuri;
- FAKTOR PEMBANGUNAN
Pangsapuri yang terlalu uzur (berusia 20 tahun ke atas) menimbulkan pelbagai masalah seperti kerosakan bangunan yang kritikal dan berulang, tunggakan caj penyenggaraan yang tinggi, hutang bil utiliti dan kontraktor yang banyak, kebanyakan unit disewa warga tempatan/bukan warga tempatan dan sebagainya.
Jenis perumahan “town-house” sukar dibentuk JMB kerana konsep pembangunan yang mempunyai harta bersama yang terhad (bumbung dan tangga sahaja).
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini selain daripada pendakwaan ke mahkamah seperti berikut:
- Mengadakan taklimat kesedaran kepada penduduk tentang kewajipan dan kepentingan penubuhan JMB; dan
- Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan bagi mengambil alih pengurusan bangunan di bawah Seksyen 25 Akta 663.