Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

117) PENTERNAKAN KHINZIR MODEN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menggalakkan penternak khinzir tradisi ke kaedah moden?

    Kerajaan Negeri masih dalam perancangan untuk menggalakkan penternakan khinzir tradisi ke kaedah moden. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri masih mempertimbangkan cadangan daripada beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan Modern Pig Farming di daerah Kuala Langat.

  2. Nyatakan jumlah ladang penternak khinzir di Selangor. Nyatakan jumlah kilang pemprosesan khinizir di Selangor.

    Berdasarkan rekod pemegang Lesen Penternakan Babi bagi tahun 2023 (yang dikemaskini pada 1 Mac 2023), terdapat satu ratus tujuh belas (117) ladang babi yang masih beroperasi di negeri Selangor. Selain itu, terdapat satu (1) kilang pemprosesan daging babi di negeri ini iaitu loji penyembelihan babi milik Tip Top Meats Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.