Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
39) PENTERNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mengadakan garis panduan agar perindustrian penternakan burung layang dapat dikawal rapi?
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah menerbitkan buku (Januari 2005, Edisi kedua) panduan Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Burung Walit sebagai rujukan kepada pengusaha dalam industri ini. Garis panduan ini mengandungi aspek pengurusan, kebersihan, alam sekitar dan fasiliti serta pengangkutan/pemindahan dan kebajikan burung walit.
Buku ini boleh juga dijadikan sebagai garis panduan oleh pengusaha atau pihak majlis (Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)) bagi tujuan pengawalan pencemaran bunyi, pencemaran najis atau kacau ganggu. Bagi tujuan perlesenan, buku ini boleh diguna pakai sebagai syaratsyarat lesen yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen di bawah UndangUndang Kecil Kerajaan Tempatan, di samping peraturan-peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh pihak PBT ke atas premis-premis perniagaan atau bangunan.
Nota: Kawalan dari segi pengeluaran lesen dan penguatkuasaan adalah di bawah Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan secara rasmi (legalized) perindustrian tersebut?
Kebenaran secara rasmi adalah bergantung kepada Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan yang mengeluarkan lesen mengikut Undangundang Kecil Kerajaan Tempatan.