Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
214) PENTERNAKAN BABI MODEN DI SEPANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pencemaran akibat daripada ternakan berselerak tidak dapat dinafikan lagi. Terangkan apakah pencemaran tersebut
Pencemaran-pencemaran yang disyaki berlaku akibat ladang ternakan babi berselerak adalah :
- Pencemaran efluen ke atas saliran awam. Keadaan ini berlaku kerana dalam sistem ternakan berselerak, setiap ladang menggunakan kolam rawatan kumbahan atau efluen masing-masing secara berasingan, di mana keupayaan merawat efluen di antara penternak adalah berbeza- beza. Ladang-ladang yang berselerak menyukarkan pemantauan oleh pihak berkuasa dan situasi ini disyaki memudahkan sesetengah penternak melanggar peraturan dengan melepaskan efluen yang belum terawat sepenuhnya ke saliran-saliran awam yang akhirnya mengalir ke laut.
- Keadaan ladang ternakan babi yang berselerak juga menyebabkan pencemaran bau ke atas kawasan yang lebih luas iaitu dari kawasan Kanchong Laut hingga ke Tanjung
-
Penyelesaian telah dilulus oleh mesyuarat EXCO satu ketika dahulu dengan "penternakan babi moden", mengapa tidak dilaksanakan?
Kerajaan Negeri melalui Pasukan Petugas Khas (Taksforce) sebenarnya sedang melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) berkaitan Projek Pembangunan Teknologi Biogas Berasaskan Sumber Pertanian dan Penternakan di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, Selangor, di mana projek ini merupakan projek dengan inisiatif swasta sepenuhnya. Pasukan Petugas Khas ini sedang menilai kebolehlaksanaan (viabiliti) projek yang dicadangkan oleh syarikat