Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
221) PENTERNAKAN BABI DI TUMBUK
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila memberikan fakta-fakta bagaimana ladang pentemakan moden babi di Tumbuk akan memperbaiki pencemaran alam sekitar sekarang
” Modem Pig Farming” akan menggunakan teknologi biogas dan sistem ladang babi tertutup. Dua (2) sistem ini amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar. Najis babi dari kandang tertutup tersebut akan disalir dan diperam di dalam loji biogas selama 20 hari yang bertujuan untuk mendapatkan gas Methane (CH4) – (50 -75%) Karbon Dioksid (C02) – (25 -45%) dan Hodrogen Sulfid (H2S) – (1 – 5%). Gas-gas tersebut akan disimpan untuk menjana tenaga elektrik dan sistem penyaman udara di dalam kandang
tertutup. Sisa peraman (pepejal dan cecair) tersebut akan diproses bagi menghasilkan baja yang akan digunakan untuk pembajaan pokok gajah di dalam kompleks” Modem Pig Farming” -
Adakah model pentemakan yang sarna akan diadakan untuk lembu, ayam, itik, kambing dan sebagainya?
Kaedah temakan ladang tertutup boleh dipraktikkan untuk lain-lain temakan dan terbukti berjaya untuk temakan ayam. Walau bagaimanapun, kajian secara terperinci dari sudut ekonomi perlu dijalankan sekiranya teknologi biogas dan reban tertutup dipraktikkan serentak untuk temakan selain babi.