Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

137) PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah ladang penternakan ayam telur dan ayam pedaging secara komersial di Selangor mengikut daerah.

    Jumlah ladang ayam telur dan ayam pedaging secara komersial di Negeri Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut :

     

    DAERAH AYAM PEDAGING AYAM PENELUR JUMLAH
    Hulu Langat 3 3
    Petaling 1 1
    Sabak Bernam 16 16
    Sepang 21 21
    Kuala Selangor 46 11 57
    Gombak 3 5 8
    Kuala Langat 91 6 97
    Klang 11 3 14
    Hulu Selangor 16 2 18
    JUMLAH KESELURUHAN 207 28 235
  2. Adakah ladang penternakan ayam secara komersial memerlukan kelulusan daripada PBT?

    Ya, setiap permohonan membangunkan ladang ayam komersial memerlukan kebenaran merancang daripada PBT. Pihak PBT seterusnya akan mendapatkan pandangan teknikal daripada pelbagai agensi berkaitan sebelum meluluskan permohonan. Selain daripada itu, pihak yang ingin memulakan ayam secara komersial juga perlu mendapatkan lesen daripada

     

    JPV Selangor mengikut peraturan-peraturan di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap reban ayam terbuka yang masih beroperasi?

    Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri tidak lagi membenarkan pembinaan reban terbuka yang baharu. Namun, Kerajaan Negeri masih membenarkan reban ayam terbuka sedia ada untuk beroperasi dengan syarat melaksanakan pengurusan yang baik supaya tidak menimbulkan pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu lalat. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pelbagai agensi lain seperti PBT, Jabatan Kesihatan dan LUAS sentiasa memantau ladang-ladang reban ayam terbuka di mana ladang yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.