Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

208) PENTERNAKAN AYAM DI DESA COALFIELD

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kilang penternakan ayam di Desa Coalfield sehingga sekarang masih terus beroperasi di kawasan yang menjadi pertikaian penduduk sekitar. Bagaimanakah kedudukan dan status kilang berkenaan di Desa Coalfield sekarang?

    1. Pada 31 Oktober 2013 bersamaan hari Khamis, pihak Majlis telah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan. Hasil pemerhatian mendapati 12 buah reban ayam tertutup bernombor 1,2,3,4,5,6,7 dan 10 masih ada ternakan ayam sebanyak lebih kurang 40,000 ekor ayam dalam setiap satu reban. Reban nombor 9 ada ternakan ayam tetapi hanya tinggal 1000 ekor ayam di dalamnya. Terdapat reban ayam yang telah dirobohkan sendiri oleh pihak Lay Hong Bhd iaitu reban ayam bernombor 8 dan 12. Reban ayam bernombor 12 sudah ditanggalkan segala perkakas dan peralatan di

     

    Keadaan di reban ayam terbuka, pada asalnya terdapat 19 buah reban. Daripada jumlah itu, 12 reban terbuka telah dirobohkan sendiri oleh pihak Lay Hong Bhd. Kini hanya tinggal ternakan ayam di 7 buah reban ayam sahaja.

  2. Langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah-masalah yang dibangkitkan oleh penduduk sekitar terhadap kilang berkenaan?

    1. Tindakan pendakwaan berhubung kesalahan menjalankan aktiviti tred iaitu menyimpan telur tanpa suatu lesen yang sah dari Majlis terhadap pemilik penternakan ayam di Desa Coalfields telah dimulakan. Mahkamah Majistret telah menetapkan 13 Disember 2013 sebagai tarikh sebutan

     

    Pada masa yang sama, Lay Hong Bhd. telah memfailkan semakan kehakiman terhadap Majlis berhubung tindakan Majlis membatalkan lesen. Mahkamah Tinggi turut membenarkan permohonan mereka untuk mendapatkan suatu perintah penggantungan pelaksanaan oleh Majlis sehingga kes semakan kehakiman ini diputuskan sepenuhnya oleh Mahkamah. Kes ini telah ditetapkan pada 26 November 2013 sebagai pengurusan kes.

     

    Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran dalam proses pembukaan kertas pendakwaan atas nasihat Bahagian Perundangan, Majlis Daerah Kuala Selangor. Jabatan ini telah merujuk berkenaan hal ini kepada Bahagian Perundangan bahawa Lay Hong Bhd telah mendapatkan perintah pergantungan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.