Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
51) PENTERNAKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Telah menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat program-program kerajaan termasuk bantuan dan pembiayaan kewangan untuk aktiviti-aktiviti penternakan lembu, kambing, ayam dan ikan. Persoalannya adalah Berapa banyak program-programsebegini yang telah diperkenalkan untuk tujuan berdikari di kalangan penduduk miskin di DUN Bukit Melawati? Berikan butiran yang berkaitan
Program bantuan ternakan telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar. Bantuan yang telah disalurkan kepada penduduk di DUN Bukit
Melawati adalah seperti berikut:-
—
Nama Penerima Jenis Bantuan Bilangan Nilai Bantuan (RM)
TAHUN 2005
Shanmuganathan al PVC LembuTenusu 5 ekor 25,000.00 Pilai
Abdullah Ismail Kolam kumbahan 10,000.00
TAHUN 2006
Amir Hamzah Lembu Pedaging 10 ekor 20,000.00
KamzahAbdullah Mesin Chopper 1 unit 6,000.00
TAHUN 2008
MohamadJamil Mahidin Lembu Fidlot 15 ekor 30,00.00
JUMLAH 91,000.00
Selain bantuan dalam bentuk ternakan dan peralatan menternak Jabatan juga
memberi perkhidmatan secara berterusan melalui Pejabat Perkhidmatan
Veterinar Daerah Kuala Selangor.Antara perkhidmatanveterinar yang diberikan
kepada penternakdi DUN Malawati adalah :
i. Rawatanternakan dan ambulantori
ii. PemeriksaanKesihatanTernakan untuk pemindahandan penyembelihan
iii. Program KesihatanTernakan Gerompok (Herd Health Program)
iv. PemvaksinanTernakan terutama penyakitKuku dan Mulut
v. Khidmat nasihat teknikal berkaitan pembangunan projek dan pengurusan ternakan -
Berikan juga senarai agensi-agensi, jenis-jenis pembiayaan dan bantuan yang disediakan
Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Perikanan Daerah Kuala
Selangor juga merupakan ada menyediakan bantuan untuk membangunkan
sektor pertanian dan perikanan di bawah DUN Bukit Melawati. Maklumatlengkap
jenis bantuan dan pembiayaanterdapat di Jabatan I Agensi Pertaniandi daerah.