Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

89) PENTADBIRAN MASJID-MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pertukaran pentadbiran masjid-masjid diketuai nazir-nazir masjid di negeri Selangor berlaku mulai awal Jun 2009. Bertanya kepada Y.A.B DATO' Menteri Besar : a) Bagaimanakah kaedah pertukaran ini berlaku?

    Pihak Nazir dan Jawatankuasa Masjid yang akan tamat perlu menyerahkan dokumen berkaitan kewangan, pentadbiran dan perkara yang berkaitan dengan urusan masjid kepada Jawatankuasa yang baru.   Sekiranya Jawatankuasa yang lalu tidak dapat menyediakan dalam tempoh 31 Mei 2009, tempoh 14 hari diberi untuk penyerahan dokumen berkaitan. Laporan kepada Polis boleh dilakukan oleh Jawatankuasa yang baru sekiranya Jawatankuasa yang lalu tidak menyerahkan dalam tempoh tersebut.

  2. Apakah peruntukan akta JAIS berhubung dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid?

    Pentadbiran masjid berpandukan kepada Kaedah-kaedah Pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Selangor (Pindaan ) (2001).  Tempoh jawatan mereka selama 3 tahun yang akan bermula 01 Jun 2009 hingga 31 Mei 2012.

  3. Mengapakah ada percubaan untuk mengambil tindakan mahkamah berhubung dengan pelantikan nazir ini contoh dari Puchong?

    Pelantikan Nazir adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak berlaku tindakan mahkamah sebagaimana yang dilaporkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.