Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
22) PENTADBIRAN MASJID
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi pentadbiran masjid sekarang yang diurus tadbir oleh anak qariah sendiri?
Secara keseluruhannya Ya, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi pentadbiran masjid yang dikendalikan oleh anak kariah masing-masing. Daripada 408 buah masjid pada tahun 2014 hanya terdapat 46 buah masjid atau 11.27% dari keseluruhan masjid.
-
Berapa banyakkah masjid yang telah mencapai SOP yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS?
Pada tahun 2009 JAIS telah melaksanakan KPI Pengurusan Masjid yang mengandungi 14 objektif meliputi Pentadbiran , Pengimarahan dan Keceriaan. Dengan adanya kayu ukur ini kita dapat mempertingkatkan mutu daya urus Tadbir masjid di seluruh Negeri Selangor. Berikut adalah masjid yang telah mendapat pengiktirafan Lima (5) Bintang semenjak sistem KPI dilaksanakan:
Tahun Jumlah 2009 4 2010 11 2011 12 2012 19 2013 20 2014 27 Peratusan Pencapaian 1-5 Bintang Tahun 2014 mengikut jumlah masjid yang dihantar kepada Bahagian Pengurusan Masjid
Daerah
5 Bintang 90%
– 100%
4 Bintang 80%
– 89 %
3 Bintang 70%
– 79%
2 Bintang 60%
– 69%
1 Bintang 50%
– 59%
0 Bintang 01%
– 49%
Jumlah Sabak Bernam 4 22 17 2 1 1 47 Kuala Selangor
3 19 18 12 3 3 58 Klang
1 12 23 8 – – 44 Kuala Langat – 4 19 7 3 – 33 Sepang
1 8 11 4 1 – 25 Hulu Langat 3 11 18 17 1 – 50 Petaling
7 32 27 10 2 3 78 Gombak
7 18 7 4 1 – 37 Hulu Selangor 1 6 11 1 4 – 23 Jumlah
27
132
151
64
16
7
395