Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

235) PENTADBIRAN DI BAWAH JAIS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemegang tauliah mengajar dan berceramah yang masih aktif hingga sekarang.

    Tuan Speaker, jumlah pemegang tauliah mengajar dan ceramah yang masih aktif sehingga sekarang ialah seramai 4,574 orang. Senarai nama pemegang tauliah boleh didapati di laman web http://tauliah.jais.gov.my/

  2. Apakah pewartaan sesat terhadap ajaran Syiah merangkumi keseluruhan fahaman dan kumpulan Syiah atau hanya diamalkan di Malaysia

    Pewartaan Fahaman dan ajaran Syiah di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 17 Oktober 2013 adalah merangkumi ajaran Syiah keseluruhannya dan fatwa ini hanyalah berkuatkuasa dan mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Selangor untuk mematuhinya. Fatwa bertajuk “Sighah Berkaitan Ajaran Syiah di Negeri Selangor” boleh dirujuk di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor di muftiselangor.gov.my

Lampiran

Tiada Lampiran.