Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
126) PENSYARAH UNISEL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
EXCO Pendidikan Tinggi ada menyatakan bahawa Institut Pengajian Tinggi kelolaan Selangor melantik pensyarah secara telus dan profesional tanpa melibatkan agenda politik. Apakah proses pelantikan yang telus dan profesional tersebut?
Semua proses lantikan kakitangan Universiti Selangor dilaksanakan berdasarkan polisi dan prosedur lantikan yang sedia ada.
Bagi jawatan Profesor, Jawatankuasa Pemilihan yang terlibat adalah terdiri daripada jawatankuasa berikut:
Presiden & Naib Canselor – Pengerusi
Seorang Ahli Lembaga Pengarah PIYSB – Ahli
Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor (Akademik) – Ahli
Naib Presiden (Pengurusan Perkhidmatan) – Setiausaha
Dekan dilantik (Berkenaan) – Ahli
-
Bagaimanakah seorang pensyarah UNISEL yang ada kes siasatan polis boleh dilantik sebelum ini?
Berdasarkan rekod perjawatan, tiada seorang pun kakitangan yang telah dilantik sebelum ini oleh UNISEL, telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
-
Apakah perkembangan kes pensyarah tersebut?
Tiada.