Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
94) PENSWASTAAN PARKING
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Syarikat-syarikat yang ditawarkan projek pengurusan tempat letak kereta di negeri Selangor. Sila senaraikan nama syarikat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan jumlah kontrak setiap syarikat setiap tahun sejak tahun 2004.
Kerajaan Negeri pada 1 April 1998 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil
Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/Pay And Display (P&D) di
seluruh negeri kepada dua (2) syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd.
(SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. (GPSB). Tempoh konsesi adalah selama
20 tahun bagi GPSB dan 25 tahun bagi SESB. Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan
Negeri. Perjanjian ditandatangani dengan PBT yang terlibat dengan kedua-dua syarikat
konsesi.
Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) berikut:-
i) Majlis Bandaraya Shah Alam
ii) Majlis Perbandaran Klang
iii) Majlis Perbandaran Selayang
iv) Majlis Perbandaran Ampang Jaya
v) Majlis Perbandaran Kajang
vi) Majlis Perbandaran Sepang (belum beroperasi)
vii) Majlis Daerah Kuala Selangor (belum beroperasi)
Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi PBT berikut:-
i) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
ii) Majlis Perbandaran Subang Jaya
iii) Majlis Daerah Kuala Langat
iv) Majlis Daerah Hulu Selangor (belum beroperasi)
v) Majlis Daerah Sabak Bernam (belum beroperasi) -
Jumlah hasil pengutipan tempat letak kereta oleh setiap PBT setiap tahun dari tahun 2004
Hasil kutipan tempat letak kereta yang diserahkan kepada PBT dari tahun 2004 hingga
2007 oleh Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) adalah sebanyak
RM37,732,855.00 manakala hasil kutipan bagi Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula
adalah sebanyak RM40,268,841.00
Perincian kepada pengutipan hasil tempat letak kereta mengikut PBT adalah seperti
berikut:-
BIL. SYARIKAT KONSESI PBT JUMLAH PENDAPATAN
(RM)
1 Suasa Efektif MBSA
MPK
MPS
MPAJ
MPKj
Jumlah
5,700,412.00
16,806,342.00
8,514,382.00
4,463,355.00
2,248,364.00
37,732,855.00
BIL. SYARIKAT KONSESI PBT JUMLAH PENDAPATAN
(RM)
2. Godell Parking MBPJ
MPSJ
MDKL
Jumlah
31,550,615.00
8,183,423.00
534,803.00
40,268,841.00 -
Pihak manakah yang menanggung kos pegawai kompaun dan mahkamah?
Kuasa untuk mengkompaun dan pendakwaan di mahkamah dikuatkuasakan oleh PBT
mengikut undang-undang kecil PBT masing-masing. Oleh yang demikian, kuasa untuk
mengkompaun dan pendakwaan di mahkamah dijalankan dan ditanggung oleh pihak
PBT masing-masing.