Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

26) PENSWASTAAN DEWAN KERAJAAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebab semua dewan masyarakat bawah PBT di DUN Rawang diswastakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, sebanyak tiga (3) buah dewan dan sebuah kompleks sukan telah diswastakan iaitu Dewan Kg. Melayu Batu 16, Dewan Taman Jati Batu 17, Dewan Taman Kanching Jaya dan Kompleks Sukan Rawang Perdana bermula 01 April 2021 dengan tempoh sewaan selama 10 tahun. Penswastaan ini dibuat atas faktor pengurangan dan penjimatan kos operasi di samping kemudahan dan fasiliti yang lebih baik kepada masyarakat setempat mengikut pengalaman kerja syarikat operator berkenaan. Permintaan dan cadangan penswastaan kesemua kemudahan tersebut juga telah melalui pembentangan di dalam Mesyuarat Penswastaan dan Pelaburan, dan Mesyuarat Majlis.

  2. Apakah penyelesaian sekiranya ada golongan B40 yang memerlukan kegunaan dewan?

    Perbincangan lanjut telah dibuat bersama wakil operator dewan agar mengenakan kadar sewa yang bersesuaian dan mampu milik berdasarkan latar belakang pendapatan penduduk setempat seperti berikut:

    Walau bagaimanapun, kadar tersebut adalah kadar standard dan sebarang perubahan atau pengurangan bergantung kepada budi bicara operator dewan. Pada masa sama, Majlis juga masih membuat pemantauan dan mempunyai kawalan ke atas dewan yang diswastakan tersebut.

  3. Dimanakah penempatan mangsa sementara sekiranya berlaku bencana selepas penswastaan dewan ini berlaku?

    Sekiranya berlaku sebarang bencana, Majlis masih boleh menggunakan dewan-dewan tersebut sebagai penempatan sementara sebagaimana terma yang dipersetujui dalam perjanjian.

Lampiran

Tiada Lampiran.