Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
142) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah masalah syarikat konsesi berkenaan sehingga Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh ingin menstrukturkan semula industri perkhidmatan air di Selangor?
-
Adakah dengan penstrukturan semula dan kerajaan negeri mengambil alih konsesi syarikat ini akan menjamin rakyat Selangor akan menikmati harga air lebih rendah sehingga 50% atau 30% daripada harga sekarang?
-
Adakah kesungguhan kerajaan sekarang untuk mengambil alih atau menstrukturkan semula konsesi air di Selangor mempunyai muslihat atau berdasarkan sentimen dan prasangka orang tertentu?