Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

230) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru usaha menstrukturkan semula industri air?

    Setakat 31 Mei 2014, secara dasarnya Konsortium ABASS Sdn Bhd, SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah bersetuju menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air ke arah perkhidmatan yang holistik.

    Namun demikian, sebelum syarikat-syarikat tersebut boleh memuktamadkan persetujuan ke atas tawaran oleh Kerajaan Negeri Selangor,  beberapa tatacara yang melibatkan antaranya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara perlulah dipatuhi.

    Justeru itu, pengumuman rasmi berkaitan pengambilalihan ketiga-tiga syarikat di atas hanya akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas semua tatacara yang diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada dipatuhi oleh semua pihak.

  2. Adakah syarikat SPLASH masih enggan menerima harga tawaran selepas campur tangan kerajaan persekutuan, adakah persetujuan yang dicapai antara kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dengan ABASS, Puncak Niaga dan Syabas terjejas?

    Setakat 31 Mei 2014, SPLASH masih belum membuat keputusan untuk bersetuju menerima tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Neger Selangor. Walaupun tanpa penglibatan oleh SPLASH, penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor akan diteruskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.