Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
204) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembelian SPLASH oleh Kerajaan Negeri?
Status pembelian SPLASH masih lagi dalam peringkat rundingan oleh Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) bagi mencapai persetujuan bersama ke atas terma-terma pengambilalihan untuk memastikan persetujuan bersama yang tercapai adalah yang terbaik di dalam memelihara kepentingan negeri dan rakyat secara umumnya. Tarikh akhir yang telah dipersetujui untuk memuktamadkan pengambilalihan SPLASH adalah pada 04 Julai
-
Adakah penstrukturan semula boleh diteruskan tanpa membeli SPLASH?
Pengambilalihan SPLASH adalah perkara yang perlu dilaksanakan dalam rangka untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor selaras dengan hasrat dan objektif untuk mewujudkan satu perkhidmatan yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan di kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi merealisasikan industri perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan
Tanpa memuktamadkan pengambilalihan SPLASH, bermakna Perjanjian Konsesi antara SPLASH dan Kerajaan Negeri akan terus dikuatkuasakan dan Air Selangor akan terus terikat untuk membayar caj harga air dan Capacity Charge kepada SPLASH. Keadaan ini akan menyumbang kepada pengurusan perkhidmatan bekalan air tidak cekap dan melibatkan kos operasi yang tinggi yang akhirnya akan membebankan pengguna melalui tarif yang
-
Apakah tariff air terawat yang patut dibayar dan sebenarnya dibayar kepada loji rawatan air SPLASH?
Di bawah Perjanjian SPLASH, terdapat dua caj yang dikenakan kepada SYABAS iaitu Caj Air Terawat dan Capacity Charge. Tarif air yang dicaj oleh SPLASH kepada SYABAS adalah sangat tinggi, iaitu RM1.34 semeter padu air pada tahun 2017. Purata tarif air yang dicaj oleh SYABAS kepada pengguna pada tahun yang sama ialah RM1.50 semeter padu air. Jumlah yang dibayar kepada SPLASH pada tahun 2017 adalah RM0.50 semeter padu air.