Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
135) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila huraikan apakah perkembangan terkini usaha rundingan penstrukturan semula industri air tersebut ?
- Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan rundingan bersama dengan keempat- empat syarikat pemegang konsesi air antara 25 hingga 29 Mei 2009. Tawaran pengambilalihan syarikat konsesi air menggunakan Model holistik Kerajaan Negeri Selangor diterima oleh SPLASH dan ABASS, manakala SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. menolak tawaran
Lanjutan tidak mendapat persetujuan dari kesemua syarikat pemegang konsesi ke atas Model holistik Kerajaan Negeri Selangor, pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) telah bersetuju supaya Model Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) digunakan untuk proses penstrukturan semula di Selangor.
Di bawah Model PAAB ini, SYABAS akan dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator agihan manakala ABASS, SPLASH dan Puncak Niaga dikekalkan sebagai operator rawatan dan diberikan authorisation oleh SPAN. Di bawah Model PAAB ini juga, pegangan ekuiti Kerajaan Negeri Selangor di dalam SYABAS akan ditingkatkan dari 30% kepada 49% manakala pegangan ekuiti Puncak Niaga di dalam SYABAS akan dikurangkan dari 70% kepada 51% dan saham emas akan kekal dipegang oleh Kerajaan Persekutuan.
Penerimaan Kerajaan Negeri Selangor terhadap Model PAAB adalah tertakluk kepada beberapa syarat seperti berikut:-
- Terma-terma dan syarat-syarat yang menghendaki pengurusan SYABAS yang profesional, berkebolehan dan efisien akan dimuktamadkan di dalam Perjanjian Pemegang Saham yang akan ditandatangani di antara pemegang ekuiti SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor; dan
- Model PAAB dipersetujui untuk diterima oleh keempat-empat syarikat pemegang konsesi air negeri
Antara 16 Mac 2010 hingga 23 Mac 2010, pihak KTTHA telah membuat rundingan bersama kesemua syarikat konsesi air bagi memaklumkan nilai untuk pengambilalihan oleh PAAB. Kesemua syarikat konsesi air diberi tempoh sehingga 06 April 2010 untuk memberikan maklum balas ke atas tawaran tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak SPLASH dan ABASS telah mengemukakan maklum balas menolak tawaran oleh KTTHA tersebut. Sekiranya Model PAAB ini tidak dapat diterima oleh kesemua syarikat pemegang konsesi air, maka Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan supaya Model holistik Negeri Selangor diguna pakai semula dengan mengguna pakai nilai yang ditawarkan oleh KTTHA.
Namun demikian, keputusan akhir sama ada Model holistik negeri Selangor akan diterima pakai adalah tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri. Ini adalah kerana melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) telah diperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan dengan segala perkara berhubungan dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
-
Sila nyatakan apakah asas yang diguna pakai oleh pihak syarikat konsesi bagi menuntut kenaikan tarif air walaupun proses rundingan masih belum selesai dan apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam konteks ini ?
- Semakan tarif telah diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS di mana pada setiap tiga (3) tahun sekali semakan tersebut perlu dibuat. Namun demikian, sama ada pelarasan tarif baru dibenarkan atau sebaliknya, ia adalah tertakluk kepada persetujuan bersama di antara kesemua pihak di dalam perjanjian, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan
Walaupun SYABAS menuntut pelarasan tarif baru, Kerajaan Negeri tidak pernah memberi sebarang persetujuan terhadap tuntutan SYABAS tersebut. Pihak SYABAS telah mengemukakan Notis Tuntutan melalui peguamnya, namun demikian, Kerajaan Negeri sedia berhadapan dengan SYABAS walau sampai ke peringkat mahkamah. Kenaikan tarif yang tinggi adalah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mencapai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
-
Sila nyatakan dengan jelas adakah pihak Kerajaan Negeri yakin proses rundingan tersebut akan berjaya dan bagaimana pula kesan terhadap dasar pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat Negeri Selangor ?
- Di dalam menjayakan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor, faktor utama yang dititik beratkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah nilai yang berpatutan dan tidak membebankan pengguna. Syarikat konsesi air mempunyai hak di bawah Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
Kerajaan Negeri Selangor masih memperhalus nilai wajar untuk ditawarkan kepada syarikat konsesi air supaya nilai tersebut tidak merugikan mana-mana pihak. Kerajaan Negeri Selangor masih konsisten dengan matlamat untuk Merakyat Ekonomi Selangor, maka dasar pemberian air percuma 20meter padu masih dititik beratkan di dalam menentukan nilai wajar semasa memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor.