Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
138) PENSTRUKTURAN KORPORAT KDEB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pinjaman dan bayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan penstrukturan korporat dan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yang berjumlah RM 413 juta ?
Pinjaman sebanyak RM413.2 juta kepada KDEB oleh Kerajaan Negeri Selangor telah disalurkan sepenuhnya pada Oktober 2013. KDEB mempunyai tempoh selama satu tahun dari Oktober 2013 untuk membuat pembayaran balik kepada Kerajaan Negeri Selangor. KDEB sedang dalam perbincangan akhir dengan institusi kewangan untuk menerbitkan Redeemable Non-Convertible Unsecured Loan Stock (“RULS”) bagi tujuan pembayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri tersebut.
-
Apakah usaha penstrukturan korporat tersebut mencapai objektif ?
Usaha penstrukturan korporat tersebut telah mencapai objektifnya kerana sehingga 8 Mac 2014 iaitu tarikh akhir bagi tawaran pengambilalihan KHSB, KDEB telah mengambi alih 95% pegangan saham di dalam KHSB. Melalui pengambilalihan ini, secara tidak langsung pegangan Kerajaan Negeri di dalam KHSB melalui KDEB telah meningkat kepada 95%. KHSB juga telah dikeluarkan daripada senarai Bursa Saham Malaysia Berhad pada 17 Disember 2013.