Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
184) PENSTRUKTURAN JAWATANKUASA MASJID DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mulai Februari 2009 Majlis Agama Islam mula menstrukturkan semula jawatankuasa masjid di negeri Selangor. Pihak masjid mengehendaki mengadakan mesyuarat memilih jawatankuasa, khususnya Nazir bagi mentadbir masjid-masjid tersebut. Mengapakah tiada penyeragaman sistem pengundian untuk memilih jawatankuasa antara masjid-masjid di Selangor?
-
Mengapa pengiraan undian tidak dilakukan di tempat mesyuarat tetapi undian dikira di Pejabat Agama Islam di Shah Alam?
-
Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan pemilihan jawatankuasa masjid yang telah dijalankan?