Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

23) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan status penstrukturan semula industri air Selangor selepas mahkamah membatalkan saman RM14 bilion Puncak Niaga Holdings Berhad?

    Saman yang dikemukakan oleh Puncak Niaga Holdings Berhad tersebut sama sekali tidak menjejaskan rancangan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor. Pada ketika ini, dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula tersebut, rundingan bagi pengambilalihan SPLASH masih lagi berjalan dalam usaha untuk mencapai persetujuan bersama ke atas terma- terma bagi memastikan persetujuan bersama yang tercapai adalah yang terbaik di dalam memelihara kepentingan negeri dan rakyat secara umumnya. Tempoh rundingan pengambilalihan ini akan tamat pada 04 Julai

  2. Apakah manfaat jangka panjang yang akan diperolehi rakyat?

    Sepertimana yang pernah dijelaskan kepada Dewan yang mulia ini, tujuan penstrukturan semula adalah bertujuan untuk memastikan kelestarian industri air ke arah perkhidmatan air yang holistik dan efisien pada kadar yang berpatutan.

    Selepas proses pengambilalihan selesai, perjanjian-perjanjian konsesi sedia ada akan ditamatkan dan perkhidmatan air akan beralih kepada model industri yang baharu. Objektif utama penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor adalah untuk mewujudkan satu perkhidmatan yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan dikawal selia oleh SPAN bagi merealisasikan industri perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:-

     

    • Industri perkhidmatan air diuruskan secara holistik melalui sebuah syarikat yang dimiliki atau di bawah kawalan Kerajaan Negeri;

     

    • Operator perkhidmatan air yang dilesenkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) – Industri Perkhidmatan Air yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pengawasan dan pemantauan ke atas prestasi operator akan dapat dilaksanakan lebih teratur dan berkesan terutamanya ke atas aspek ekonomi, teknikal, sosial dan perlindungan pengguna. Ini dapat mengujudkan sistem tadbir urus yang lebih cekap dan telus di mana kepentingan rakyat akan diberi perhatian utama

     

    • Operator yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

     

    • Selepas penstrukturan semula dimuktamadkan sepenuhnya termasuk dengan pengambilalihan SPLASH, Air Selangor akan menjadi operator tunggal yang akan melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air secara holistik dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan. Di bawah model baharu industri air ini, pembiayaan perbelanjaan modal (“CAPEX”) untuk membaik pulih, menaik taraf dan membangunkan infrastruktur air akan dilakukan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”), sebuah syarikat milikan penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

     

    • PAAB akan menjana modal untuk membiayai pembangunan infrastruktur air melalui pasaran kewangan. Oleh kerana PAAB merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, PAAB menikmati penarafan kredit yang lebih baik berbanding dengan syarikat swasta dan ini membawa kepada kos pinjaman yang lebih rendah. Ini berbeza dengan sistem yang terdahulu di mana CAPEX adalah ditanggung oleh syarikat konsesi swasta yang berunsurkan

     

    • Peralihan kepada model baru industri air ini, antara lain, melibatkan pindah milikan aset-aset air oleh Air Selangor dan syarikat-syarikat konsesi kepada PAAB dan sebagai balasan, PAAB akan mengambil alih dan menstrukturkan semula segala pinjaman/hutang syarikat-syarikat konsesi yang diambil alih oleh Air

     

    • PAAB seterusnya akan memberi pajakan atau hak penggunaan aset-aset air tersebut kepada Air Selangor bagi tujuan menyediakan bekalan air kepada pengguna-pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk tempoh selama 45 tahun dan selepas tempoh tersebut. PAAB akan mengenakan sewa bulanan bagi pajakan dan penggunaan aset-aset air tersebut oleh Air Selangor, mengikut kadar sewa dan tempoh pajakan yang dipersetujui oleh kedua-dua

     

    • Model baru industri air di mana kos pembiayaan untuk CAPEX di bawah tanggungjawab PAAB adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pembiayaan CAPEX oleh syarikat swasta. Melalui model baru ini, operator- operator air boleh memfokuskan usaha sepenuhnya ke atas penyediaan perkhidmatan air dengan lebih cekap dan

     

    • Di bawah pengurusan industri yang lama, keadaan industri tidak holistik telah menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi. Kos operasi dalam merawat air mentah untuk dijadikan air terawat oleh operator rawatan air perlu ditanggung oleh SYABAS dalam bentuk Kadar Air Pukal (Bulk Supply Rate) . Pengiraan kadar air pukal ini juga turut memasukkan kadar Fixed Monthly Payment dan Capacity Charge yang mana peningkatan kadar ini ditetapkan di dalam Perjanjian Konsesi sedia ada. Selaku operator tunggal, Air Selangor tidak lagi terikat untuk membayar Kadar Air Pukal, Fixed Monthly Payment dan Capacity Charge dan ini dapat mengurangkan kos operasi dan akhirnya dapat menjamin kadar tarif yang affordable serta meneruskan Program Pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada pengguna di Negeri Selangor.

     

  3. Apakah jangkaan tempoh penyelesaian penggantian paip lama di seluruh Selangor?

    Program penggantian paip lama yang sedang berjalan sekarang adalah berdasarkan senarai keutamaan bagi kawasan kritikal (hotspot) yang telah dikenal pasti pada tahun 2016. Sebanyak 84 hotspot dengan jumlah panjang paip kira-kira 423 km telah dikenal pasti dengan anggaran peruntukan sebanyak RM374.3 juta untuk projek penggantian paip lama dan pemasangan paip baru tersebut. Projek tersebut dijangka akan diselesaikan secara berperingkat dan bakal siap sepenuhnya menjelang akhir 2019. Semenjak daripada itu, Air Selangor terus dan sedang di dalam proses untuk mengenal pasti kawasan- kawasan lain yang memerlukan penggantian paip untuk perlaksanaan selepas tahun 2019.

     

     

    Penggantian paip lama di seluruh Selangor dijangka akan mengambil masa yang amat lama, iaitu melebihi 30 tahun. Keseluruhan panjang paip di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sepanjang 28,448 km (2017) Daripada jumlah ini, 6,285 km adalah merupakan paip jenis asbestos yang telah usang. Sekiranya setiap tahun Air Selangor menggantikan paip sepanjang 200km, maka tempoh penggantian paip jenis asbestos sahaja akan memerlukan masa lebih kurang 30 tahun untuk diganti sepenuhnya, tidak termasuk paip-paip jenis lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.