Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

222) PENSIJILAN PRODUK MINYAK KELAPA SAWIT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kilang kelapa sawit yang beroperasi di Negeri Selangor yang mempunyai pensijilan dan tauliah untuk eksport ke luar negara?

    Terdapat 20 kilang kelapa sawit di dalam Negeri Selangor yang berdaftar dengan Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan mempunyai pensijilan dan tauliah untuk eksport ke luar negara.

     

    Kilang-kilang berkenaan adalah seperti berikut :-

     

    1. Tuan Mee Oil Palm Mill Sg Buloh Selangor
    2. KLK Tanjong Malim Palm Oil Mill Selangor
    3. Riverside Palm Oil Mill Kuala Selangor
    4. Kampong Kuantan Palm Oil Mill Bestari Jaya Selangor
    5. Sime Plantations Sdn Bhd (Tennamaram Palm Oil Mill)
    6. Jugra Palm Oil Mill Sdn Bhd
    7. Fermanagh Palm Oil Mill Tanjong Sepat Selangor
    8. Golconda Palm Oil Mill Kapar Selangor
    9. Eng Hong Palm Oil Mill Sdn Bhd Banting Selangor
    10. West Oil Mill Sime Darby Carey Island Selangor
    11. Sin Huat Palm Oil Mill Kuala Selangor
    12. Endau Palm Oil Mill Petaling Jaya Selangor
    13. Veetar Palm Oil Mill Sdn Bhd Klang Selangor
    14. Prosper Palm Oil Mill Sdn Bhd Petaling Jaya
    15. Seri Morib Palm Oil Mill Sdn Bhd Selangor
    16. Seri Langat Palm Oil Mill Jenjarom Selangor
    17. FELDA Sungai Tengi Palm Oil Mill
    18. SHH Oil Mill Sdn Bhd Jeram Selangor
    19. Yuwang Palm Oil Mill Sdn Bhd Banting
    20. Innovans Palm Industries Sdn Bhd Port Klang
  2. Berapa jumlah (ton) kelapa sawit daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dieksport ke luar negara?

    PKPS tidak mengeksport kelapa sawit ke luar negara. Buah sawit hanya dijual kepada kilang dalam negara.

     

  3. Adakah PKPS menyertai kumpulan RSPO?

    PKPS tidak menyertai kumpulan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). PKPS hanya berdaftar dengan Malaysian Palm Oil Board (MPOB) yang bertanggungjawab mengeluarkan pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). PKPS juga telah menyertai  Malaysian Palm Oil Association (MPOA) bermula tahun 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.