Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

186) PENSIJILAN MSPO

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan Selangor untuk memastikan setiap pekebun kecil kelapa sawit di Selangor berjaya mendapat pensijilan MSPO menjelang 31 Disember 2019?

    Standard Bagi Pengeluaran Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysia Standard For Sustainable Palm Oil Production (MSPO) dijalankan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah berbentuk mandatori telah mula diwajibkan kepada sektor ladang dan kilang sawit pada 2018 dan semua pekebun kecil sawit menjelang 31 Disember 2019. Tujuan utama MSPO adalah untuk memastikan pengeluaran sawit yang mampan dan diterima oleh pasaran global. Negeri Selangor mempunyai 5,107 pekebun kecil sawit dengan keluasan 11,504 hektar tanaman sawit yang telah direkodkan. MPOB telah menubuhkan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) bagi memudahkan pendaftaran untuk pensijilan MSPO kepada semua pekebun kecil. Kerajaan Persekutuan melalui MPOB juga menyediakan insentif sebanyak RM 135 sehektar bagi kos pelaksanaan pensijilan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.