Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

145) PENJUALAN TANAH PKNS DI SETAPAK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah seluas 93 ekar milik asal PKNS di Setapak telah dijual sepenuhnya: Kepada siapa atau pihak manakah PKNS menjual tanah tersebut?

    Keseluruhan tanah seluas 93 ekar milik PKNS di Setapak telah dibangunkan sebagai kawasan perusahaan dan dijual sebagai lot-lot industri dan juga kilang-kilang kecil.

  2. Berapakah nilai jualan dan berapakah keuntungan yang diperoleh oleh PKNS daripada penjualan tersebut?

    Nilai Jualan –   RM 20.2 juta

    Keuntungan   –   RM 2 juta

  3. Apakah garis panduan yang diberikan oleh kerajaan bagi penjualan tanah milik PKNS di luar Negeri Selangor?

    PKNS perlu mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri di mana turut dianggotai oleh wakil dari Kementerian Kewangan bagi setiap penjualan tanah milik PKNS  di dalam mahupun di luar negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.