Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

38) PENJUALAN TANAH PERSEKUTUAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua penjualan tanah milik Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor

    Jumlah tanah milik Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor yang telah dipindahmilik kepada pihak swasta sehingga 28 Februari 2017 adalah berjumlah 153 lot. (Data daripada Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer)

  2. Sila juga nyatakan syarat nyata penggunaan tanah yang dijual selepas dimiliki oleh pihak swasta

    Syarat nyata penggunaan tanah yang dijual kepada pihak swasta melalui proses pindah milik adalah berdasarkan Seksyen 79 Kanun Tanah Negara (KTN) yang memperuntukkan bahawa tiada sebarang perubahan syarat nyata dan ianya masih dikekalkan syarat nyata asal sama seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) semasa proses pemberimilikan pertama. Proses pindah milik tanah tidak akan mengubah syarat nyata tanah berkenaan dan sebarang perubahan syarat nyata tanah perlu dimohon oleh pemilik tanah sebelum atau selepas pindah milik dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.