Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

12) PENJUALAN TALAM CORPORATION KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat melakukan usahasama dengan Talam?

    Anak-anak syarikat yang terlibat bagi usahasama dengan Talam adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Pendidikan Industri Yayasan Sdn. Bhd., Bukit Beruntung Golf Club Sdn.

  2. Berapakah kerugian yang ditanggung anak-anak syarikat hasil usaha sama yang gagal ini?

    Di dalam proses ini, nilai dan keluasan hartanah yang terlibat adalah berjumlah RM400,941,171.64 dan 4,158.14 ekar. Tiada kerugian sebenar yang dicatatkan dan ia hanya “Opportunity Lost” bagi pihak kerajaan negeri oleh kerana tanah tersebut tidak dibangunkan dan menjana hasil tunai seperti yang dirancang pada peringkat awal. Oleh kerana itu, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif „round tripping‟ melalui “Global Settlement Agreement” bersama pihak Talam untuk mendapat kembali aset hartanah yang dapat diusahakan untuk menjana pulangan tunai dan keuntangan.

  3. Nyatakan pecahan hasil daripada ÒbailoutÓ ini yang digunakan untuk membiayai Geran Selangorku?

    1. Transaksi ini bukan “bailout” dan ianya melibatkan transaksi „„round tripping‟ ‟ dimanapengambilan semula tanah usahasama yang terbengkalai untuk Kerajaan Negeri usahakan dan menjana pulangan. Dalam transaksi tersebut, terdapat penyelesaian tunai yang berjumlah sekitar RM68juta untuk Program Geran SelangorKu

Lampiran

Tiada Lampiran.