Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

351) PENJUALAN SAHAM PKNS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan butiran hasil penjualan saham Kerajaan Negeri melalui PKNS dalam konsesi lebuh raya KESAS.

    PKNS memegang 30% saham ekuiti di dalam Kesas Holdings Berhad (KHB) dan baki 70% saham ekuiti dipegang oleh Gamuda Berhad (Gamuda).

    KHB merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan. KHB memegang 100% saham di dalam Kesas Sdn Bhd (KSB). KSB merupakan syarikat yang memiliki konsesi lebuh raya KESAS dan menjalankan operasi pengurusan lebuh raya tersebut.

    Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) telah mengemukakan tawaran kepada KHB pada 2 April 2022 untuk memiliki 100% saham milik KHB di dalam KSB dan nilai ini adalah berdasarkan “Enterprise Value” KSB pada 31 Disember 2021 dan transaksi telah dijelaskan sepenuhnya pada Oktober 2022.

    Hasil daripada pelupusan saham milik KHB di dalam KSB, KHB telah mengisytiharkan dividen kepada PKNS dan Gamuda mengikut pegangan ekuiti saham masing-masing di dalam KHB.

Lampiran

Tiada Lampiran.