Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
204) PENJUALAN HARTANAH SECARA PUKAL DI TAMAN MELAWATI JAYA, KUALA SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Usul No. 14 Tahun 2010 berkenaan ÓPenjualan Hartanah Secara Pukal di Taman Melawati JayaÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?
Soalan ini wajar dimajukan kepada Kerajaan Negeri.
-
Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SAP Holdings Bhd bagi membolehkan potongan harga jualan sebanyak 50.90% dilakukan?
Banyak faktor yang harus dipertimbangkan oleh pihak syarikat sebelum membuat keputusan untuk menjual 12 unit hartanah tersebut. Setelah membuat penilaian secara terperinci, pada 12 Februari 2009, pihak Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk menjual 12 unit hartanah tersebut dengan harga
RM595,000 atas sebab-sebab yang berikut:-
- Hartanah tersebut telah siap dibina semenjak tahun 2004. Keadaan hartanah tersebut pada waktu itu amat usang dan tidak memuaskan kerana sudah lama terbiar tanpa pembeli;
- Berdasarkan pada rekod jualan bagi projek ini, jangkamasa penjualan biasanya mengambil masa selama 6 bulan (sehingga pinjaman bank diluluskan);
Pihak syarikat tidak perlu menanggung kos untuk membaik pulih hartanah tersebut yang dianggarkan sebanyak RM15,000 ke RM20,000 seunit;
- Jualan 12 unit tersebut juga adalah secara pukal (‘bulk sales’) dan dijual dalam keadaan sedia ada (as is where is basis)
Terma pembayaran yang diluluskan adalah seperti berikut:-
i) Wang pendahuluan sebanyak 80% dari hasil jualan dibayar semasa
Perjanjian Jual Beli ditandatangani;
ii) baki 20% pula dijelaskan selepas kelulusan pindah milik diperolehi
Untuk makluman, pihak pembeli telah mematuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan dan pembayaran telah dibuat secara tunai.
-
Apakah kaedah perakaunan yang digunakan oleh SAP Holdings Bhd untuk merekodkan kehilangan hasil jualan sebanyak RM617,000 daripada syarikat?
Memandangkan Lembaga Pengarah telah meluluskan penjualan secara pukal pada harga jualan RM595,000.00, akaun syarikat tidak perlu merekodkan kehilangan hasil.