Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

312) PENJUALAN DEVELOPMENT RIGHTS PJ SENTRAL OLEH PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status 13 unit pangsapuri mewah St. Regis sebagai pulangan atau asset swap kepada PKNS yang menjual development rights PJ Sentral kepada MRCB. Apakah masih dalam pegangan PKNS? Sekiranya tidak, apakah unit-unit berkenaan telah disewa dan nyatakan secara terperinci jumlah hasil sewaan bagi setiap unit yang diterima sehingga 31 Mei 2024?

    13 unit Pangsapuri St. Regis tersebut masih dalam pegangan PKNS dan belum sedia untuk disewakan. Ini adalah kerana masih terdapat beberapa urusan yang belum disempurnakan seperti proses dokumentasi pindahmilik harta dan pertukaran nama untuk utiliti-utiliti yang berkaitan. Di samping itu, unit-unit tersebut juga sedang menjalani kerja-kerja pembaikan di bawah jaminan tempoh Defect Liability Period (DLP) oleh pemaju. PKNS juga akan membuat kerja-kerja refurbishment untuk penambahbaikan bagi membolehkan PKNS mendapatkan kadar pulangan sewa yang bersesuaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.