Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

222) PENJUALAN DAN PEMBELIAN LOT LIDI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ketetapan Kerajaan Negeri kepada penjual dan pembeli Tanah lot lidi yang menimbulkan masalah permohonan utiliti kerana tiada kebenaran merancang/membina?

    Pihak Kerajaan Negeri tidak pernah mengiktiraf penjualan dan pemilikan tanah lot lidi di negeri Selangor. Ini adalah kerana penjualan tanah lot lidi jelas melanggar syarat nyata tanah itu sendiri di mana tanah-tanah lot lidi yang dijual adalah bersyarat nyata “Pertanian” yang tidak dimohon ditukar syarat atau pecah sempadan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu pembeli tanah lot lidi khususnya orang-orang kampung yang teraniaya dan tertipu dengan penjual yang tidak menjelaskan status tanah yang sebenar?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan PDT sentiasa melaksanakan pelbagai sesi hebahan dan pemakluman kepada orang ramai seperti sesi seminar, poster dan banner berkaitan risiko pembelian tanah secara lot lidi. Individu yang ingin membeli tanah dinasihatkan untuk membeli carian di portal awam e-Tanah atau datang sendiri di kaunter PTGS dan PDT yang berhampiran bagi menyemak status hakmilik terlebih dahulu. Pegawai-pegawai di PTGS dan PDT juga bersedia memberi khidmat nasihat kepada individu yang ingin mendapatkan nasihat berkaitan status hakmilik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.