Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
374) PENJUALAN BAHAN MAKANAN ASAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah warga asing dibenarkan membeli barangan makanan asas bersubsidi seperti minyak masak paket 1kg?
Tujuan asal pemberian barangan makanan asas bersubsidi oleh Kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Namun begitu, tiada peruntukkan undang-undang yang menyekat warga asing membeli barang kawalan (minyak masak) dan mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan yang rapi sepanjang masa terhadap jualan kepada warga asing dan warga tempatan serta dikuat kuasa bagi memastikan tidak berlaku aktiviti penyelewengan.
Sebagai salah satu kaedah kawalan, Pengawal bekalan telah mengeluarkan satu Arahan Bekalan Berhubung Kawalan Penjualan Minyak Masak Bungkusan Polibeg 1 Kilogram iaitu :-
- Sebagai pemegang lesen runcit bagi barang kawalan berjadual minyak masak hendaklah melaksanakan kawalan penjualan minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram dihadkan sebanyak 3 unit per transaksi sehari sekali pembelian untuk setiap pelanggan.
- Arahan ini juga adalah terpakai kepada penjualan minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram sahaja dan hendaklah dijual dengan harga RM 2.50 sekilogram
Walau bagaimanapun peniaga-peniaga tersebut dinasihatkan untuk menjual kepada warga asing 1 kilogram setiap seorang sahaja dan perlu mengutamakan warga tempatan sebagai langkah untuk memastikan lebih ramai pengguna (warganegara) berpeluang memperoleh bekalan minyak masak peket 1 kilogram.
-
Apakah akta dan tindakan yang jelas yang boleh diambil oleh pihak berwajib berkenaan penjualan bahan makanan asas bersubsidi ini kepada warga asing?
Tindakan larangan eksport bagi barangan makanan asas bersubsidi ini adalah dibawah tindakan berikut;
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) (No.2) 2022
- Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023