Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

244) PENJUALAN ASET NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci semua aset Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008-2017?

    Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negeri, aset-aset yang telah dijual dalam tempoh tahun 2008 hingga 2017 adalah secara keseluruhannya terdiri dari aset alih kategori kenderaan dan jentera yang kebanyakannya telah mencapai had usia guna dan tidak lagi ekonomi untuk digunakan. Rekod ini diselenggara oleh Perbendaharaan Negeri menerusi pengisytiharan Borang Kew.PA-19 yang dikemukakan oleh jabatan/agensi dari semasa ke masa

    Nilai aset-aset yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga suku tahun ketiga 2017 tersebut diperincikan seperti berikut:-

    Bil Tahun Nilai Perolehan (RM) Nilaian Jualan (RM) Catatan
    1. 2008 2,026,390.22 164,105.60 Lampiran A
    2. 2009 1,227,305.11 344,912.00 Lampiran B
    3. 2010 6,030,479.30 887,298.00 Lampiran C
    4. 2011 2,435,560.59 265,758.70 Lampiran D
    5. 2012 3,857,348.04 722,921.00 Lampiran E
    6. 2013 9,927,192.13 1,900,031.40 Lampiran F
    7. 2014 4,540,276.13 578,808.00 Lampiran G
    8. 2015 1,905,601.61 307,939.00 Lampiran H
    9. 2016 453,631.52 54,450.00 Lampiran I
    10. 2017 1,616,464.53 139,476.00 Lampiran J
    JUMLAH 34,020,249.18 5,365,699.10  

     

  2. Nyatakan peratusan jumlah wang rizab negeri hasil dari penjualan tersebut?

    Kesemua wang hasil jualan aset tersebut adalah diperakaunkan sebagai hasil negeri dan menjadi sebahagian dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri (Rizab) Negeri).

Lampiran

Tiada Lampiran.