Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

102) PENJUALAN ARAK

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri melalui PBT di Selangor ada mengamalkan sebarang kawalan dan pengehadan terhadap premis penjualan arak terutamanya di kawasan sensitif seperti sekolah, tempat awam, rumah ibadat dan sebagainya?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat langkah kawalan dan pengehadan terhadap premis penjualan arak terutamanya di kawasan sensitif seperti berikut:

    1. Kawalan Lokasi dan Jarak Minimum

    Premis penjualan arak tidak dibenarkan beroperasi berdekatan dengan kawasan sensitif seperti sekolah, rumah ibadat, pejabat kerajaan, dan tempat awam. Jarak minimum adalah berbeza mengikut kawasan dari 100 meter sehingga 500 meter.

    1. Syarat -syarat tambahan

    Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian PBT Negeri Selangor 2007, perenggan 4 (c) memparuntukkan kuasa kepada PBT untuk mengenakan apa-apa sysrar atau sekatan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen kepada pemohon lesen. Pemohon juga perlu memastikan agar tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada seperti Seksyen 18, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang menetapkan larangan pengendalian penjualan minuman keras oleh orang yang beragama Islam.

    1. Sistem kawalan kendiri

    Setiap premis perlu mengamalkan sistem kawalan kendiri (self-regulatory) seperti yang telah ditetapkan oleh PBT. Ini termasuk meletakkan minuman beralkohol di ruang yang berasingan serta memaparkan notis larangan penjualan kepada orang Islam dan individu di bawah umur 18 tahun.

    1. Tindakan Penguatkuasaan

    PBT melakukan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala. Mana-mana premis yang didapati melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan kompaun, sitaan, penggantungan lesen, atau penutupan premis. Orang awam juga boleh mengemukakan aduan kepada PBT sekiranya terdapat mana-mana premis yang melakukan sebarang salah laku atau pelanggaran syarat supaya tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap pemilik premis.

Lampiran

Tiada Lampiran.