Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
250) PENJUALAN ARAK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kelulusan lesen jualan arak di setiap PBT dari 2019-2023.
Tiada sebarang kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak PBT kerana lesen jualan arak adalah di bawah bidang kuasa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak Lembaga Pelesenan Eksais Pejabat Daerah dan Tanah. PBT hanya memberi sokongan kelulusan dan ulasan bagi premis perniagaan yang menjual minuman keras berdasarkan kesesuaian premis perniagaan tersebut di dalam kawasan pentadbiran PBT masing-masing.
-
Berapakah hasil yang diperoleh Kerajaan Negeri daripada kelulusan lesen tersebut dari 2019-2023?
Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri daripada kelulusan lesen tersebut dari tahun 2019 sehingga 2023 adalah seperti berikut:
TAHUN HASIL (RM) 2019 2,115,570.00 2020 2,024,930.00 2021 2,241,210.00 2022 2,427,900.00 2023 2,856,650.00 JUMLAH (RM) 11,666,260.00 Daerah 2019 RM
2020 RM
2021 RM
2022 RM
2023 RM
Petaling 1,542,420.00 1,353,720.00 1,395,060.00 1,500,120.00 1,812,770.00 Gombak 99,240.00 96,360.00 102,720.00 133,680.00 125,520.00 Klang * * 231,290.00 211,980.00 227,880.00 Kuala Langat * 86,160.00 83,160.00 86.320.00 102,960.00 Hulu Langat 266,130.00 220,320.00 215,160.00 262,340.00 295,500.00 Sepang 166,260.00 161,040.00 125,880.00 134,850.00 163,680.00 Kuala Selangor 34,200.00 35,390.00 25,180.00 30,390.00 28,920.00 Hulu Selangor * 62,820.00 56,280.00 50,460.00 89,280.00 Sabak Bernam 7,320.00 9,120.00 6,480.00 17,760.00 10,140.00 Nota: * hasil kutipan telah dimasukan di bawah kod Lesen Minuman Keras