Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
112) PENJUALAN ARAK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur permohonan penjualan arak di Selangor?
Pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan dan mengeluarkan lesen eksais kepada penjual minuman keras adalah Pejabat Daerah di Negeri Selangor. Manakala bagi permohonan lesen penjualan arak bagi premis perniagaan PBT akan melalui mesyuarat lembaga lesen minuman keras. PBT akan merujuk dan mendapatkan sokongan daripada lain-lain agensi kerajaan seperti Kastam, PDRM dan Pejabat Kesihatan sebelum meluluskan lesen perniagaan.
-
Apakah langkah kerajaan negeri bagi membendung penjualan arak yang berleluasa di Selangor?
PBT selaku pihak yang mengeluarkan lesen perniagaan di premis-premis mengambil langkah-langkah tegas bagi mengawal atau membendung penjualan bahan tersebut bagi menjaga sensitiviti penduduk setempat serta menghindarkan daripada gejala sosial berlaku di kawasan penempatan atau kawasan Kerajaan Negeri menerapkan dasar ‘Self Regulation’ kepada semua peniaga/ premis perniagaan yang ingin menjual minuman keras dengan melihat kawasan majoriti orang Islam. Selain itu, langkah-langkah bagi membendung penjualan arak yang berleluasa di Selangor adalah dengan mengenakan syarat-syarat bagi sokongan permohonan lesen iaitu:-
- Menjaga kebersihan premis dalam keadaan bersih, memuaskan, tidak sempit, gelap dan sesak;
- Mangasingkan arak daripada barang-barang makanan lain;
- Menyediakan papan tanda yang seragam dan papan tanda larangan “Arak adalah Haram bagi Orang Islam” dan larangan menjual kepada orang bawah umur 18 tahun ke bawah;
- Jarak rumah ibadat (masjid, surau, kuil, tokong) dari premis menjual minuman keras;
- Jarak pejabat kerajaan, sekolah, hospital dan kawasan perumahan dari premis menjual minuman keras; atau
- Tidak menyokong permohonan lesen tersebut sekiranya bertentangan dengan syarat-syarat yang digariskan.