Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
113) PENJAWAT YANG BERKHIDMAT DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah penjawat-penjawat yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat di bawah lantikan Dewan Negeri dilindungi oleh PERKESO?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/2013 bertarikh 24 Julai 2013 telah meluluskan pelantikan tiga (3) orang Pembantu Tadbir secara contract for service untuk setiap Pusat Khidmat Masyarakat dengan diberi kelulusan khas caruman KWSP. Lanjutan daripada keputusan tersebut, Kerajaan Negeri telah menerima cadangan supaya setiap Pembantu Tadbir tersebut dilindungi oleh PERKESO. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut sedang dikaji dengan mengambil kira implikasi kewangan yang akan ditanggung sebelum sebarang keputusan penambahbaikan dilaksanakan.