Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

165) PENJAWAT AWAM OKU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan penjawat awam negeri yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya mengikut sektor perkhidmatan dan jawatan[b] dan apakah wujudnya insentif dan inisiatif kepada golongan ini untuk ke tempat pekerjaan seperti Job Coach.

    Keseluruhan penjawat awam negeri yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya adalah seramai 130 daripada perjawatan keseluruhan iaitu 22,465. Pecahan mengikut skim perkhidmatan adalah seperti di Lampiran A.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan ANIS menyediakan program Job Coach bagi melatih sukarelawan dan majikan untuk mempersiapkan majikan bagi menerima pekerja OKU. Program Job Coach disediakan bagi mereka yang berminat menjadi jurulatih atau pemantau kepada golongan OKU yang baru memulakan kerja di syarikat luar. Job coach bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggalakkan hubungan baik di antara pekerja OKU dan majikan.