Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

168) PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penjawat awam Negeri Selangor beserta senarainya mengikut agensi dan status tetap dan kontrak.

    Jumlah penjawat awam Negeri Selangor meliputi jabatan/agensi daripada Pentadbiran Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri adalah berjumlah 22,689 orang. Sebanyak 16,367 orang yang dilantik adalah berjawatan tetap manakala 6,322 orang merupakan penjawat awam kontrak. Butiran perincian jumlah penjawat awam yang dilantik secara tetap dan kontrak mengikut agensi adalah seperti berikut:

     

    BIL. AGENSI LANTIKAN TETAP LANTIKAN KONTRAK JUMLAH
    1 Jabatan Agama Islam Selangor 1860 524 2384
    2 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 64 4 68
    3 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor 187 106 293
    4 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 1436 39 1475
    5 Jabatan Mufti Negeri Selangor 34 11 45
    6 Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor 32 5 37

     

    BIL. AGENSI LANTIKAN TETAP LANTIKAN KONTRAK JUMLAH
    7 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor 732 42 774
    8 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor 88 11 99
    9 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 377 2 379
    10 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 186 6 192
    11 Jabatan Pertanian Negeri Selangor 216 3 219
    12 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 71 62 133
    13 Lembaga Urus Air Selangor 73 154 227
    14 Majlis Bandaraya  Diraja Klang 1133 443 1576
    15 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 1098 714 1812
    16 Majlis Bandaraya Shah Alam 744 794 1538
    17 Majlis Bandaraya Subang Jaya 925 534 1459
    18 Majlis Daerah Sabak Bernam 222 4 226
    19 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 550 366 916
    20 Majlis Perbandaran Hulu Selangor 317 98 415
    21 Majlis Perbandaran Kajang 791 343 1134
    22 Majlis Perbandaran Kuala Langat 311 196 507
    23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor 296 134 430
    24 Majlis Perbandaran Selayang 690 396 1086
    25 Majlis Perbandaran Sepang 398 466 864
    26 Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak 170 24 194

     

    BIL. AGENSI LANTIKAN TETAP LANTIKAN KONTRAK JUMLAH  
    27 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 161 25 186
    28 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor 148 19 167
    29 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang 174 22 196
    30 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat 163 17 180  
    31 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor 166 18 184  
    32 Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling 173 39 212  
    33 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam 157 16 173  
    34 Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang 132 19 151  
    35 Pejabat Dymm Sultan Selangor 114 60 174  
    36 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 439 258 697  
    37 Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor 309 58 367  
    38 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor 97 43 140  
    39 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Pkns) 726 188 914  
    40 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 46 0 46  
    41 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 210 1 211  
    42 Perbendaharaan Negeri Selangor 135 57 192  
    43 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 16 1 17  
    JUMLAH KESELURUHAN 16,367 6,322  

    22,689

     

     
  2. Adakah kerajaan menetapkan polisi pengambilan mestilah dari kalangan permaustatin Selangor atau terbuka?

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) sebagai Pihak Berkuasa Melantik anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor menggunapakai Penetapan Dasar Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor seperti mana keputusan majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke – 38 Tahun 2015 pada 30 Disember 2015 yang menetapkan polisi pelantikan penjawat awam adalah seperti berikut:

     

    Dasar Pelantikan:

     

    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

     

    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

     

    • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

     

    • Pembuktian bagi mana-mana syarat di perenggan (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

     

    Permohonan pengisian jawatan yang tidak menepati dasar pelantikan Anak Negeri Selangor adalah ditolak kecuali dalam keadaan di mana tidak ada calon yang layak dari Negeri Selangor seperti tiada calon yang memenuhi syarat skim perkhidmatan.

     

    Merujuk kepada data pengambilan bagi tahun 2023 dan 2024, terdapat tiga (3) skim perkhidmatan yang dibuat pemilihan terbuka kerana tiada Anak Negeri Selangor atau Pemastautin yang memohon perjawatan tersebut semasa ia diiklankan.

     

    Tahun Pemilihan terbuka kepada Bukan Anak Negeri Selangor

     

    2023 Dua (2) skim perkhidmatan:

     

    i.              Penolong Pemelihara Hutan Gred G29

     

    ii.             Pengawas Hutan Gred G19

     

     

    2024

    Satu (1) skim perkhidmatan:

     

    i.              Pengawas Hutan Gred G19

     

Lampiran

Tiada Lampiran.