Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

200) PENJAWAT AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan Penjawat Awam yang dibiayai oleh KNS ?

    Jumlah keseluruhan bilangan Penjawat Awam yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor (KNS) yang meliputi Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Pejabat daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri adalah sebanyak 21,374 orang yang terdiri daripada lantikan tetap seramai 17,025 orang dan lantikan kontrak seramai 4,349 orang. Pecahan mengikut setiap Jabatan / Agensi adalah seperti jadual berikut:

    Bil. Agensi Tetap Kontrak Jumlah
    1 Jabatan Agama Islam Selangor 2,036 465 2,501
    2 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri

    Selangor

    77 3 80
    3 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

    Selangor

    200 28 228
    4 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 1,665 24 1,689
    5 Jabatan Mufti Negeri Selangor 32 12 44
    6 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri

    Selangor

    756 53 809
    Bil. Agensi Tetap Kontrak Jumlah
    7 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

    Negeri Selangor

    98 9 107
    8 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 394 2 396
    9 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

    Selangor

    196 5 201
    10 Jabatan Pertanian Negeri Selangor 260 1 261
    11 Lembaga Perumahan Dan Hartanah

    Selangor

    72 48 120
    12 Lembaga Urus Air Selangor 72 26 98
    13 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 1,213 550 1,763
    14 Majlis Bandaraya Shah Alam 803 621 1,424
    15 Majlis Daerah Hulu Selangor 358 0 358
    16 Majlis Daerah Kuala Langat 330 67 397
    17 Majlis Daerah Kuala Selangor 275 33 308
    18 Majlis Daerah Sabak Bernam 247 19 266
    19 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 623 130 753
    20 Majlis Perbandaran Kajang 635 230 865
    21 Majlis Perbandaran Klang 1,259 401 1,660
    22 Majlis Perbandaran Selayang 669 342 1,011
    23 Majlis Perbandaran Sepang 366 157 523
    24 Majlis Perbandaran Subang Jaya 914 594 1,508
    25 Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak 175 5 180
    26 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 174 10 184
    27 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor 168 14 182
    28 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang 180 5 185
    29 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat 156 5 161
    30 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor 173 10 183
    31 Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling 190 26 216
    32 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam 160 3 163
    33 Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang 138 7 145
    34 Pejabat DYMM Sultan Selangor 104 44 148
    35 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

    Selangor

    425 206 631
    Bil. Agensi Tetap Kontrak Jumlah
    36 Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor 308 40 348
    37 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan

    Negeri Selangor

    96 27 123
    38 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

    (PKNS)

    631 56 687
    39 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 46 0 46
    40 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 199 1 200
    41 Perbendaharaan Negeri Selangor 136 70 206
    42 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

    Selangor

    16 0 16
      Jumlah Keseluruhan 17,025 4,349 21,374

     

  2. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah bilangan Penjawat Awam yang dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 3 tahun yang lalu?

    Perincian bagi tindakan tatatertib yang telah diambil terhadap Penjawat Awam yang berkhidmat di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2012 hingga 2014 adalah seperti berikut:

    Jenis Hukuman Bilangan Pegawai
    Amaran 207
    Denda 26
    Lucutkan hak emolumen 83
    Tangguhkan pergerakan gaji 76
    Turun gaji 48
    Turun pangkat 5
    Surcaj 4
    Buang kerja/ditamatkan perkhidmatan 142
    Jumlah keseluruhan 591
  3. Apakah usaha KNS untuk memperkasakan prestasi perkhidmatan sektor awam?

    Antara langkah-langkah yang dirancang Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan prestasi Penjawat Awam Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Melaksanakan program Penilaian Penandaarasan Organisasi secara menyeluruh dengan penglibatan beberapa buah badan profesional dan agensi pusat seperti berikut:
    • program Penarafan Bintang oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dilaksanakan secara dwitahunan,
    • program penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) oleh Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan secara dwitahunan.

     

    • program Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor yang dianjurkan saban tahun untuk membudayakan konsep inovasi dalam perkhidmatan

     

    • program Penilaian Portal Dan Laman Web Rasmi Jabatan / Agensi yang dilaksanakan setiap tahun yang menilai keberkesanan dan menambah baik perkhidmatan atas talian yang ditawarkan. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan setiap Jabatan / Agensi mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan  atas  talian sepenuhnya bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan kerja yang diberikan kepada orang awam.

     

    • memberikan latihan-latihan peningkatan kemajuan kerjaya yang komprehensif kepada semua lapisan penjawat awam Negeri Program-program latihan yang dilaksanakan telah diperkemas dengan nilai tambah dan selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Pentadbiran ini telah membangunkan Pelan Operasi Latihan (POL) yang diguna pakai oleh semua Jabatan / Agensi yang antara lain menekankan keperluan setiap penjawat perlu menghadiri latihan (bengkel / kursus / seminar) sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.

     

    • merangka Pelan Penggantian (Succession Pelan) yang komprehensif terutamanya melibatkan jawatan-jawatan strategik agar kelangsungan tugas dan kepimpinan di sesebuah organisasi mampu diteruskan;

     

    1. melaksanakan program pertukaran (urusan peminjaman, pertukaran tetap, pertukaran sementara, pusingan kerja dan sebagainya) bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kerja penjawat awam di pelbagai Jabatan / Agensi. Dalam hal ini, seseorang pegawai boleh mempelajari amalan terbaik (best practices) di sesebuah Jabatan / Agensi dan mengurangkan ruang-ruang yang membolehkan tahap integriti seseorang pegawai dipertikaikan;

     

    1. dalam menterjemahkan hasrat Kerajaan Negeri dalam melahirkan penjawat awam yang berilmu, Pentadbiran ini turut menawarkan skim pinjaman pelajaran kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);

     

    1. bagi menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan berprestasi cemerlang dalam tempoh perkhidmatan, Pentadbiran ini juga melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) melibatkan anggota Kumpulan Pelaksana. Hal ini secara tidak langsung mampu memberikan suntikan motivasi dan semangat warga kerja dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa pada tahap yang cemerlang;

     

    • menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan berkaitan gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, kelayakan minimum pelantikan anggota perkhidmatan awam juga telah dinaikkan kepada minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) (daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini);

     

    • membudayakan dan melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di semua ruang kerja jabatan bagi memastikan semua penjawat awam bekerja dalam keadaan kondusif dan produktif;

     

    • melaksanakan pensijilan MS ISO bagi prosedur-prosedur tertentu di setiap jabatan dan bahagian di mana ia akan memudahkan penjawat awam melaksanakan tugasan dengan adanya standard template dan peraturan yang seragam. Melalui persijilan tersebut, penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih licin dan teratur;

     

    • DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menganugerahkan Bintang, Pingat dan Darjah Kebesaran kepada penjawat awam pada setiap tahun bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam; dan

     

    • bagi mengiktiraf penjawat awam yang memberikan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun penilaian dan boleh dijadikan sebagai role model di kalangan warga organisasi, Pentadbiran ini turut memberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) setiap tahun bagi mewujudkan persaingan sihat antara warga organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Hal ini kerana penghargaan APC ini hanya dihadkan kepada 8% daripada jumlah keseluruhan warga organisasi setiap tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.