Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
166) PENJANAAN TENAGA SOLAR DI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Cadangan Pemasangan Panel Solar Di Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri Selangor Di Bawah Skim Solar Energy Purchase (SEP) pada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) bertarikh 30 Mei 2019, apakah hasil mesyuarat ini?
Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan projek pemasangan solar panel di semua bangunan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 36/ 2019 yang diadakan pada 12 Disember 2019 bersetuju dengan pemasangan panel solar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan di semua bangunan Pejabat Tanah/ Daerah Negeri Selangor untuk tempoh kontrak selama 15 tahun sahaja dengan kadar penjimatan yang lebih tinggi. Kadar tarif solar di Bangunan SSAAS adalah RM0.39/kwh dan di semua Pejabat Tanah/ Daerah Negeri Selangor adalah RM0.48/kwh.
Perjanjian (Supply Agreement) – Renewable Energy (SARE) telah dimeterai dan ditandatangani di antara Tenaga Nasional Berhad, GSPARX Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Januari 2022. Pada 11 April 2022, kelulusan kuota Net Energy Metering (NEM GoMEn Programme) telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Proses pemasangan panel solar pula akan dilaksanakan oleh pihak GSPARX dan dijangka pemasangan akan siap sepenuhnya pada bulan September 2022 di 11 lokasi bangunan kerajaan negeri Selangor
-
Senaraikan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor telah memasangkan solar.
Antara bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor yang telah memasang panel solar adalah seperti berikut:
BIL. PBT STATUS 1. MBSA 1 kelengkapan tenaga solar di Terminal Bus Seksyen 17, Shah Alam. 2. MBPJ Masih dalam cadangan untuk membangunkan tenaga solar di Pusat Inovasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 3. MBSJ Pemasangan solar telah dilaksanakan
di Bangunan Ibu Pejabat MBSJ yangBIL. PBT STATUS beralamat di Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya Selangor. 4. MPS Masih dalam proses pemasangan sistem solar photovoltaic di bangunan Ibu Pejabat MPS. 5. MPAJ · Pemasangan panel solar sedang dilaksanakan di Medan Selera MPAJ di Jalan Kolam Air Lama yang kini 70% hampir siap. · Perancangan untuk melaksanakan pemasangan panel solar di beberapa bangunan MPAJ iaitu:
i) Menara MPAJ;
ii) Dewan Komuniti MPAJ, Taman Melawati; dan
iii) Stadium MPAJ.
6. MPSp Sedang dalam proses pemasangan panel solar dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2022. 7. MPKL Cadangan untuk pemasangan panel solar di bangunan majlis sedia ada. BIL. PBT STATUS 8. MPKS Cadangan untuk pemasangan panel solar di dua (2) lokasi iaitu kawasan tempat letak kereta awam pejabat MPKS dan bangunan stadium tertutup di Kompleks Sukan Kuala Selangor. 9. MPHS Masih dalam perancangan bagi pemasangan panel solar di bangunan kerajaan dan awam. 10. MDSB Dalam peringkat penyediaan sebut harga bagi pemasangan panel solar di Dewan Sri Bernam.